Sunday 16 November 2014

kelas 7 - power point

assalamualaikam...


pada minggu ke tujuh , kami telah belajar mengenai penggunaan  microsoft power point 2010. 

         


bagaimana untuk menghasilkan power point yang cantik dan dapat menarik minat para penonton ?
ia bergantung kepada kreativiti anda sendiri. terdapat banyak application yang boleh digunakan untuk menghasilkan power point yang cantik dan lebih menarik daripada basic power point yang sedia ada dalam microsft anda.antaranya ialah prezi , haiku deck dan banyak lagi. ada daripada application ini boleh di download secara percuma dan ada juga yang harus dibayar.

bagi menghasilkan power point yang menarik kita boleh menggunakan animation untuk menghasilkan grafik yang cantik. dalam PP juga ada pelbagai design yang boleh dipilih mengikut kesuaian persembahan yang diinginkan. transition juga boleh digunakan.

seterusnya , kita boleh menggunakan review untuk melihat power point yang telah dihasilkan dan menganggar tempoh presentation yang akan dilakukan. file power point juga boleh di convert kepada format wmp.

kelas 6 - lab test 1

     


         kami telah menjalani lab test 1 pada minggu ke enam pembelajaran . kami diuji mengenai microsoft words dan microsoft excel . pensyarah telah membekalkan soalan dalam i folio dan kami dikehendaki untuk mendownload data-data dan soalan labtest tersebut .

       

          puan pensyarah telah memberikan tempoh selama 2 jam untuk kami menyiapkan semua tugasan labtest tersebut. selepas 2 jam , kami dikehendaki upload jawapan yang telah kami sediakan ke laman ifolio masing-masing.

          labtest tersebut boleh dikatakan agak mencabar kerana saya sebagai seorang pelajar yang tidak pernah mengambil sebarang khusus yang berkaitan dengan komputer dan tidak begitu mahir untuk menggunakan microsoft excel.

kelas 5 - excel 2


  pada kelas ke 5 , kami telah menyambung pelajaran mengenai microsoft excel. kami telah belajar mengenai forecast . 
excel example of forecast function


kami juga telah belajar mengenai count . dalam count  terdapat tiga item utama iaitu count , counta , dan countblank .count digunakan untuk mengira bilangan nombr yang wujud dalam sesutatu data . counta digunakan untuk mengira nombor dan perkataan yang ada . manakala , countblank digunakan untuk mengira ruangan yang kosong yang ada dalam data.




seterusnya ialah mengenai mix function . mix function digunakan untuk mencari average , median , largest score , lowest score , mode dan rank .



kami juga diajar mengenai vlookup . vlookup banyak membantu bagi mencari data- data tertentu. semestinya vlookup ini  banyak digunakan oleh pengguna-pengguna excel.











mid test

               ini merupakan kali pertama saya menempuhi ujian setelah 2 bulan bergelar seorang pelajar di ukm . walaupun ia cuma merupakan satu ujian pertengahan semester , namun bagi pelajar tahun 1 semester 1 seperti kami . debaran itu telah dirasai seperti peperiksaan akhir.

   
       
                   melihatkan kawan-kawan yang begitu tekun mengulangkaji pelajaran membuktikan betapa mereka bersungguh untuk berjaya dan mencapai impian masing-masing. masing- masing telah menetapkan fokus ataupun impian sendiri untuk menyambung dalam bidang pengkhususan masing-masing. ada yang berminat untuk menerusakan dalm bidang perakaunan , sumber manusia dan sebagainya.



                   usaha adalah penentu segalanya.tetapi jangan dilupa , kita juga perlu sentiasa menitipkan doa kepada yang maha berkuasa atas segalanya. usaha perlu diseiringkan dengan bekalan doa. bagi saya , keberkatan itu juga amatlah penting.. terutamanya keberkatan daripada pihak ibu baa dan pihak pengajar itu sendiri.

             
    apa yang penting ialah kita hendaklah sentiasa mempunyai semangat yang tinggi , tidak kira dalam apa pun perkara yang kita lakukan. setiap perkara yang kita lakukan perlulah dilakukan dengan sepenuh jiwa. bukanlah atas dasar untuk menyenangkan hati individu tertentu sahaja. apa yang kita lakukan mestilah dengan kerelaan hati sendiri dan bukanlah atas desakan rang lain. sekali kita gagal , tidak bererti kita akan gagal selamanya. apa yang penting terus bangkit selepas terjatuh. begitulah prinsip ynag selalu saya amalkan dalam menempuhi hidup sebagai seorang pelajar.


saya telah melakukan yang terbaik untuk ujian kali ini .seterusnya saya hanya perlu berdoa dan bertawakkal , menyerahkan segalanya kepada yang berkuasa. saya mendoakan kejayaan buat diri sendiri , keluarga serta rakan-rakan.

pesta konvo ukm ke-42

pesta konvo ukm yang ke 42 telah berlangsung selama 5 hari iaitu pada 31 oktober sehingga 4 november. pesta ini diadakan sempena minggu konvokesyen di ukm. pelbagai aktiviti menarik telah diadakan selama 5 hari pesta ini berlangsung.
*aktiviti yang diadakan*
antara aktiviti yang berlangsung ialah jualan daripada pihak peniaga daripada luar dan tidak lupa juga daripada pihak pelajar ukm sendiri. ternya aktiviti jualan ini mendapat sambutan yang begtu menggalakkan de=aripada pihak pelajar. semstinya para peniaga akan mendapat untung yang banyak dan berpuas hati kerana menyertai aktiviti ini.
pameran juga diadakan daripada pelbagai pihak seperti fakulti , jabatan , unit beruniform dan sebagainya. yang pastinya semua booth yang didirikan begitu meriah dengan kehadiran ramai orang.secara tidak langsung peserta yang yang menghadiri pesta ini akan mendapat sedikit ilmu disamping dapat berhibur.
pelbagai persembahan telah dipersembahkan sempena pesta tersebut. antaranya persembahan nasyid , persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum dan tidak tidak lupa juga persembahan daripada artis-artis jemputan yang telah dijemput khas sempena pesta konvo klai ini.

Sunday 9 November 2014

CARA BERHENTI MEROKOK

Rokok sudah difatwakan haram. Jadi bagi yang merokok kenalah berusaha untuk tak merokok. Ada cara berhenti merokok.Tapi paling penting semangat harus kental.Ya berhenti merokok bukan mudah. Berazamlah. Berusahalah. Cuba untuk berhenti.

10 Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan

1. Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.
2. Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'
 Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.
3. Elakkan Punca Merokok
Kenali apa punca merokok.Cuba sebaik mungkin untuk tidak terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama.
4. Bersenam
Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran.
5. Belajar Untuk Relax
Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih tenang. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress.
6. Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa korang mahu berhenti merokok. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.
7. Apa yang anada dapat jika tidak merokok?
pertama sekali , anda dapat menjimatkan wang.sudah berapa banyak wang yang anda telah gunakan untuk membeli rokok?.Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum.
8- Go Online
Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya tak merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan nak merokok.
9- Menguyah
Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling senang. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.
10- Guna Alat Bantuan
Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila.

menjadi seorang perokok bukanlah sesuatu yang hebat ataupun macho.tambah-tambah lagi anda merupakan seorang perempuan.lakukanlah pelbagai usaha bagi menghentikan ketagihan rokok yang anda alami