Tuesday, 30 September 2014

pengurusan diri

Assalamualaikum. .dan semoga selamat segalanya.... Sebagai seorang pelajar , banyak benda yang kita kena ambil kira dan kena pandai-pandai aturkan dengan teliti supaya nanti hidup kita tidak kucar kacir dan berserabut. Pertama sekali , bagi saya benda yang paling penting untuk dititikberatkan ialah berkaitan dengan pengurusan masa dan emosi. masa ialah mas.pembaziran masa boleh diibaratkan sebagai suatu pembaziran yang amat berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Penggunaan masa yang tidak efektif akan memberi kesan kepada pelajaran.yang pasti masalah ini seterusnya akan membawa kepada masalah pengurusan emosi pula.pelajar akan mula merasa stress dengan bebanan pelajaran yang tertinggal dan sebagainya. Kelas pengurusan emosi sedikit sebanyak telah mengajar saya , cara - cara untuk mengurus emosi dengan baik . Banyak yang telah saya belajar antaranya emosi kita boleh dikawal dengan cara tertentu dan ingatan boleh mempunyai emosi. Pengurusan diri , emosi , dan masa yang baik akan membawa diri kita ke arah kejayaan yang lebih tinggi.ingatlah sejauh mana sesuatu masalah boleh mempengaruhi diri kita bergantung kepada sejauh mana diri kita bijak untuk menangani masalah tersebut.kadang- kadang masalah tersebutlah yang akan manjadi satu motivasi untuk diri kita supaya menjadi lebih baik dan lebih kuat untuk menghadapi masa hadapan.

kelas 3 table of contents

Assalamualaikum dan salam sejahtera. . Pada kelas ke tiga untuk aplikasi komputer,kami telah ditugaskan untuk membuat table of contents.pertama sekali , kita perlu menyenaraikan butiran butiran dalam article tersebut mengikut chapter-chapter tertentu contohnya chapter 1 : introduction dan seterusnya. seterusnya,kita perlu meletakkan footer dan header pada setiap page.dan,kita juga perlu untuk mengubah figures dan juga tables yang sedia ada. Bagi saya, benda yang paling rumit untuk disediakan ialah bibliography kerana kita perlu memasukkan data berkenaan references satu persatu. sebenarnya , banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan sebuah table of contents. secara jujurnya , kelas aplikasi komputer merupakan antara salah satu kelas yang paling saya suka pada sem kali ini. sekian...

Thursday, 25 September 2014

Interview KOR SISPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 19 September 2014, saya telah menghadiri satu interview untuk pengambilan Kor SISPA.Temu duga ini berlangsung antara pukul 9 pagi hingga 5 petang. Temuduga ini dijalankan di pusat Kesatria yang boleh dikatakan sebagai ibu pejabat bagi unit-unit beruniform yang ada di Ukm seperti SISPA , PALAPES dan SUKSIS. Oleh kerana temuduga ini dijalankan pada hari Sabtu. Saya perlu menaiki bas Zon 6 dari Kolej Pendeta Zaa'ba ke stesen Ktm UKM terlebih dahulu. Kami perlu menunggu selama setengah jam sebelum bas Zon 6 memulakan perjalanan ke Kolej Keris Mas. dari KKM kami perlu berjalan kaki ke Kesatria. Pertama sekali,kami diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah , ukurun tinggi , berat badan dan sebagainya. Seterusnya , kami diarahkan untuk membuat ujian kecergasan. Kami perlu membuat tekan tubi , melakukan star jump , melakukan larian dengan membawa segala kelengkapan menyelamat seperti mask dan tangki oksigen. Seterusnya , kami perlu membuat 2 pusingan larian dengan membawa 2 pemadam kebakaran seberat 20 kilogram. Kami juga perlu memanjat tangga yang disediakan setinggi 2 tingkat. Setelah selesai semua ujian kecergasan,kami perlu menunggu untuk ditemu duga.Setelah hampir 2 jam menunggu , kami dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga dan terpaksa bertemu muka dengan dua orang penemuduga daripada pihak Jabatan pertahanan awam Malaysia. Walau berasa sedikit gugup tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun agak letih tetapi kami tetap berbangga sebab dapat menghabiskan semua orang ujian yang dijalankan.keputusan temuduga diumumkan seminggu selepas temuduga dijalankan dan alhamdulillah kerana berjaya terpilih untuk menyertai Sispa.  

kelas 2 - booklet


 Assalamualaikum. ..

 Kelas ke dua aplikasi komputer..kami ditugaskan untuk membuat booklet menggunakan Microsoft Word.lecterur telah memberikan panduan satu persatu bagi membuat booklet ini. Tajuk yang telah saya pilih untuk membuat booklet kali ini ialah Tak Nak Merokok.

Tajuk ini dipilih kerana pada pendapat saya , ramai yang ingin berhenti merokok tetapi tidak mengetahui cara cara dan tips yang betul untuk berhenti merokok . Pihak keluarga juga perlu mengetahui cara-cara yang betul untuk berhenti merokok bagi memudahkan mereka untuk menyokong usaha si perokok untuk berhenti merokok.

 Merokok membahayakan kesihatan. Berhentilah sebelum terlambat . sayangi diri anda dan keluarga tersayang. SEKIAN..

Wednesday, 10 September 2014

kelas 1 - mind map

Assalamualaikum. ...

10 September 2014. .



today is my first class with Dr.Norazila bt Mat.we have learnt about introduction to computers.from this lecture we can learn a lot about the  basic things of computer.

at the end of the lecture, we can   understand and know about the components of computer , hardware , storage , software , system software and utility software.




here is the mind map for this chapter :






saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nama diberi nur fadhlin amira.merupakan seorang penuntut tahun satu , fakulti ekonomi dan pengurusan di universiti kebangsaan Malaysia.saya merupakan seorang pelajar sarjanamuda pentadbiran perniagaan dengan kepujian.

dan insyaAllah jika diberi peluang dan mendapat keputusan yang baik , saya mempunyai hasrat yang besar untuk menyambung pengajian dalam bidang sarjanamuda perakaunan.

Saya merupakan bekas pelajar kolej matrikulasi kedah jurusan perakaunan.

dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar dan berasal daripada pasir puteh , kelantan.

mempunyai hobi membaca novel dan kadangkala mungkin turut aktif bersukan.merupakan seseorang yang agak pemalu dan pendiam pada awalnya.tetapi sebenarnya agak peramah jika dikenali dengan lebih dekat.jadi selamat berkenalan. hehehe