Sunday, 19 October 2014

contengan jalanan

contengan jalanan by HLOVATE
CONTENGAN JALANAN by HLOVATE.buku ini penuh dengan pengajaran dan kisah yang menginsafkan diri.bagi saya , buku ini telah berjaya di oleh dengan baik sekali oleh pihak penulisnya.mengisahkan perjalanan sekumpulan anak muda yang asalnya sesat dengan keseronokan dunia dan akhirya kembali ke jalan kebenaran.secara kasarnya , point penting dalam buku ini ialah bagaimana satu tindakan itu dapat mempengaruhi keseluruhan hidup kita. bagaimana tindakan yang dianggap pelik oleh keseluruhan orang disekeliling kita akhirhya membawa kita ke jalan yang lebih baik.
HATI KITA ..ALLAH YANG PEGANG..
kita tidak akan berjaya untuk berubah melainkan dengan kehendak yang kuat daripada diri kita sendiri. orang lain hanya mampu untuk menunujukkan jalan , tetapi diri kita sendiri yang akan menentukannya samada kita terus sesat atau terus ke jalan kebenaran. dalam novel ini , ada 2 orang remaja lelaki yang bersahabat baik daripada kecil lagi yang bernama Fendi dan Ku Kamarulzaman. fendi berjaya berubah dengan menerima dakwah daripada sepupunya Acap , setelah mereka menghabiskan sebulan Ramadhan di sebuah masjid di Australia. Apabila mereka pulang beraya di Malaysia ,Acap telah meninggal dunia pada hari raya pertama akibat kemalangan jalan raya.kematian Acap menyebabkan Fendi lebih banyak berfikir dan lebih mengenali diri sendiri.akhirnya dia telah berjaya berubah menjadi seseorang yang lebih baik. fendi mencuba untuk menarik ku kamrulzaman ke arah yang lebih baik dengan mengajaknya ke masjid yang sama yang dia telah luangkan masanya bersama dengan sepupunya acap di Australia.ku kamrulzaman menerima ajakan daripada fendi sekadar untuk memenuhi hajat kawannya fendi. dia turut melakukan semua perbuatan yang dilakukan oleh fendi tanpa hati yang ikhlas.fendi telah memberikannya sebuah buku contengan jalanan kepadanya.buku itu tidak pernah dibuka dan diusik olehnya hinggalah kepada suatu hari. akhirnya , kamrulzaman telah membawa diri ke indonesia untuk mencari siapa dirinya yang sebenarnya.di situlah dia telah menemui erti kehidupan dan berubah menjadi lebih baik.

membaca novel

Membaca novel merupakan hobi yang paling gemar saya lakukan pada ketika lapang. membaca dapat memberikan satu kepuasan kepada diri saya. saya dapat menghabiskan bacaan sesuatu novel dalam tempoh satu hari kebiasaannya. antara novelis-novelis yang saya minati ialah hlovate , acik lana , siti rosmizah , melur jelita dan ramai lagi penulis yang berbakat besar . saya begitu menggemari hasil-hasil penulisan yang dilakukan oleh mereka ini kerana bagi saya setiap karya yang mereka hasilkan bukan hanya untuk tujuan hiburan sahaja malah mengandungi mesej-mesej dan pengajaran yang tersendiri dalam karya tersebut. mungkin kerana penulis ini bukan sahaja berbakat dalam bidang penulisan malah turut berjaya dalam bidang lain. contohnya , siti rosmizah merupakan seorang peguam dan turut memiliki syarikat penerbitan sendiri.setiap karya yang dihasilkan oleh beliau sentiasa mendapat sambutan yang hangat daripada pihak pembaca. penulis -penulis ini boleh dikatakan sebagai sumber inspirasi kepada saya.
bagaimana saya memilih novel ? tidak semua novel yang dihasilkan adalah berkualiti dan boleh menepati citarasa anda. bagi saya , saya lebih gemarkan sebuah novel yang mempunyai isi dan mempunyai gaya penulisan yang menarik dan bersesuaian dengan citarasa saya . saya akan membuat survey di internet terlebih dahulu sebelum mendapatkan sesebuah naskah terbitan di pasaran. dari sini kita boleh mendengar pendapat orang lain mengenai sesebuah buku. jika saya mendapati buku tersebut adalah menepati citarasa saya , barulah saya akan berkunjung ke kedai buku. membeli buku semasa pesta buku adalah lebih menjimatkan kerana pada masa itu harga yang ditawarkan adalah lebih rendah.
selain itu , saya juga gemar membaca novel secara online ataupun lebih dikenali sebagai e-novel. kebanyakan penulis e-novel menggunakan blog untuk mengetengahkan hasil karya mereka. penulis e-novel adalah penulis-penulis baru yang baru ingin bergiat dalam bidang penulisan. terdapat banyak karya-karya e-novel yang telah dibukukan dan boleh didapati di pasaran. walaupun mereka masih baru dalam bidang penulisan , terdapat ramai penulisan e-novel yang berbakat contohnya cucuratap , contengan pena dan sebagainya. membaca dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai banyak perkara. sebenarnya , bahan bacaan saya adalah tidak terhad kepada novel melayu sahaja.malah saya turut membaca buku-buku ilmiah lain. kekadang saya turut memilih bahan bacaan berbahasa inggeris.ia sebenarnya banyak meningkatkan penggunaan bahasa inggeris saya.jadi benarlah,membaca merupakan jambatan ilmu.

Monday, 13 October 2014

kelas 4 - excel 1

      Assalamualaikum... Pada kelas ke empat , kami telah didedahkan dengan penggunaan microsoft excel. Sebagai seorang pelajar dalam bidang bisnes dan perakaunan semestinya kami banyak menggunakan perisian ini. Kelas pada kali ini telah banyak memberikan pendedahan mengenai microsoft excel kepada saya.


    Sebelum ini , microsoft words sudah sering kali saya gunakan untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang perlu disediakan sebagai seorang pelajar. Berlainan pula dengan excel. Saya hanya mengetahui mengenai perkara-perkara yang begitu basic dalam excel. kami telah belajar mengenai autofill , budget , conditional formating , freeze and pane , counta , countif ,countblank , count dan lain-lain. Bagi autofill , anda hanya perlu mengisi beberapa data dan drag. Secara automatik data-data tersebut akan mengikut format data yang telah anda masukkan.

       Bagi penyediaan budget , kita perlu memasukkan segala data yang diperlukan , contohnya , pendapatan yang diperolehi dan perbelanjaan yang terlibat. Seterusnya , kami dikehendaki untuk membuat graph berdasarkan data tersebut. Semua maklumat yang diperlukan untuk membuat graph akan dijana secara automatik.

     Conditional formating mempunyai banyak kegunaan.microsoft excel mempunyai banyak format - format yang boleh digunakan untuk memudahkan semua kerja anda. Contohnya dengan penggunaan upper , proper , lower dan banyak lagi.