Thursday 25 September 2014

Interview KOR SISPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 19 September 2014, saya telah menghadiri satu interview untuk pengambilan Kor SISPA.Temu duga ini berlangsung antara pukul 9 pagi hingga 5 petang. Temuduga ini dijalankan di pusat Kesatria yang boleh dikatakan sebagai ibu pejabat bagi unit-unit beruniform yang ada di Ukm seperti SISPA , PALAPES dan SUKSIS. Oleh kerana temuduga ini dijalankan pada hari Sabtu. Saya perlu menaiki bas Zon 6 dari Kolej Pendeta Zaa'ba ke stesen Ktm UKM terlebih dahulu. Kami perlu menunggu selama setengah jam sebelum bas Zon 6 memulakan perjalanan ke Kolej Keris Mas. dari KKM kami perlu berjalan kaki ke Kesatria. Pertama sekali,kami diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah , ukurun tinggi , berat badan dan sebagainya. Seterusnya , kami diarahkan untuk membuat ujian kecergasan. Kami perlu membuat tekan tubi , melakukan star jump , melakukan larian dengan membawa segala kelengkapan menyelamat seperti mask dan tangki oksigen. Seterusnya , kami perlu membuat 2 pusingan larian dengan membawa 2 pemadam kebakaran seberat 20 kilogram. Kami juga perlu memanjat tangga yang disediakan setinggi 2 tingkat. Setelah selesai semua ujian kecergasan,kami perlu menunggu untuk ditemu duga.Setelah hampir 2 jam menunggu , kami dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga dan terpaksa bertemu muka dengan dua orang penemuduga daripada pihak Jabatan pertahanan awam Malaysia. Walau berasa sedikit gugup tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun agak letih tetapi kami tetap berbangga sebab dapat menghabiskan semua orang ujian yang dijalankan.keputusan temuduga diumumkan seminggu selepas temuduga dijalankan dan alhamdulillah kerana berjaya terpilih untuk menyertai Sispa.  

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum boleh saya tahu skop kerja selepas dipilih dalam iv kor sispa?

    ReplyDelete