Sunday 19 October 2014

membaca novel

Membaca novel merupakan hobi yang paling gemar saya lakukan pada ketika lapang. membaca dapat memberikan satu kepuasan kepada diri saya. saya dapat menghabiskan bacaan sesuatu novel dalam tempoh satu hari kebiasaannya. antara novelis-novelis yang saya minati ialah hlovate , acik lana , siti rosmizah , melur jelita dan ramai lagi penulis yang berbakat besar . saya begitu menggemari hasil-hasil penulisan yang dilakukan oleh mereka ini kerana bagi saya setiap karya yang mereka hasilkan bukan hanya untuk tujuan hiburan sahaja malah mengandungi mesej-mesej dan pengajaran yang tersendiri dalam karya tersebut. mungkin kerana penulis ini bukan sahaja berbakat dalam bidang penulisan malah turut berjaya dalam bidang lain. contohnya , siti rosmizah merupakan seorang peguam dan turut memiliki syarikat penerbitan sendiri.setiap karya yang dihasilkan oleh beliau sentiasa mendapat sambutan yang hangat daripada pihak pembaca. penulis -penulis ini boleh dikatakan sebagai sumber inspirasi kepada saya.
bagaimana saya memilih novel ? tidak semua novel yang dihasilkan adalah berkualiti dan boleh menepati citarasa anda. bagi saya , saya lebih gemarkan sebuah novel yang mempunyai isi dan mempunyai gaya penulisan yang menarik dan bersesuaian dengan citarasa saya . saya akan membuat survey di internet terlebih dahulu sebelum mendapatkan sesebuah naskah terbitan di pasaran. dari sini kita boleh mendengar pendapat orang lain mengenai sesebuah buku. jika saya mendapati buku tersebut adalah menepati citarasa saya , barulah saya akan berkunjung ke kedai buku. membeli buku semasa pesta buku adalah lebih menjimatkan kerana pada masa itu harga yang ditawarkan adalah lebih rendah.
selain itu , saya juga gemar membaca novel secara online ataupun lebih dikenali sebagai e-novel. kebanyakan penulis e-novel menggunakan blog untuk mengetengahkan hasil karya mereka. penulis e-novel adalah penulis-penulis baru yang baru ingin bergiat dalam bidang penulisan. terdapat banyak karya-karya e-novel yang telah dibukukan dan boleh didapati di pasaran. walaupun mereka masih baru dalam bidang penulisan , terdapat ramai penulisan e-novel yang berbakat contohnya cucuratap , contengan pena dan sebagainya. membaca dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai banyak perkara. sebenarnya , bahan bacaan saya adalah tidak terhad kepada novel melayu sahaja.malah saya turut membaca buku-buku ilmiah lain. kekadang saya turut memilih bahan bacaan berbahasa inggeris.ia sebenarnya banyak meningkatkan penggunaan bahasa inggeris saya.jadi benarlah,membaca merupakan jambatan ilmu.

No comments:

Post a Comment