assalamualaikum...
berada jauh daripada rumah menyebabkan saya begitu rindu dengan masakan rumah terutamanya air tangan daripada ibu sendiri. makanan kegemarangan ialah masakan tomyam.
disini saya ingin berkongsi rahsia masakan tomyam yang sedap dan menjilat jari.
BAHAN-BAHAN PERENCAH TOM YAM THAI ASLI.
5 biji bawang merah.
2 biji cili merah.
.
1 inci lengkuas.
2 batang serai.
1 sudu udang kering.
3 helai daun limau purut.
Gula, garam dan air asam jawa.
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP TOM YAM THAI ASLI.
1/4 ekor ayam yang telah dipotong-potong.
3 ekor sotong.
5 ekor udang (sebaik-baiknya udang yang sederhana besar)
1 ulas bawang besar (dipotong enam)
5 ulas bawang putih (yang telah diketuk)
1 inci lengkuas (yang telah diketuk)
2 batang serai (diketuk juga)
1/2 batang lobak merah dan bunga kobis. (terpulang kepada apa jenis lain yang ingin anda tambah)
1 biji tomato (dibelah empat)
4 @ 5 helai daun limau purut.
1 sudu besar perencah tomyam atau lebih.
1 sudu besar sos ikan.
2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja.
3 sudu susu cair.
cili padi
garam
daun ketumbar
Air secukupnya untuk membuat sup.
CARA-CARA MEMBUAT PERENCAH TOM YAM THAI ASLI.
Kisarkan semua baha-bahan di atas dengan air yang sedikit sahaja. Air
asam jawa, garam dan gula JANGAN dikisar bersama dengan bahan-bahan di
atas. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga baunya naik. Selepas itu boleh
lah di masukkan garam, gula dan air asam jawa. Garam dan gula di
masukkan sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda.Biarkan semua
ramuan tersebut masak secukup rasa hingga menjadi pes. Setelah siap
sejukkan dan anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk.
CARA-CARA MEMBUAT SUP TOM YAM THAI ASLI.
Rebuskan ayam anda yang telah dipotong tadi dengan air selama beberapa
minit. Masukkan bawang besar, daun limau purut, cili padi, bawang putih,
serai dan lengkuas. Kemudian masukkan udang, sotong, tomato dan semua
sayur-sayuran yang terdapat dalam bahan di atas. Akhir sekali masukkan
pes tom yam,
sos ikan, jus limau nipis dan garam mengikut citarasa anda. Kacau semua
bahan tersebut hingga serata semuanya. Setelah ayam empuk dan kesemua
bahan telah masak sepenuhnya anda boleh memadamkan api. Akhir sekali
barulah di masukkan susu cair dan taburkan daun ketumbar di dalamnya.
my blog
it is only YES . there is no NO .
Tuesday, 16 December 2014
Monday, 15 December 2014
LATIHAN MEDAN INTEGRASI KOR SISPA UKM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ...
Pada 12 - 14 Disember 2014 , saya telah mengikuti LATIHAN MEDAN INTEGRASI KOR SISPA UKM yang diadakan di KEM RIMBA TAMU , BATANG KALI , HULU SELANGOR. kem ini berlangsung selama 3 hari. pelbagai pengalaman yang menarik dan mencabar telah saya lalui sepanjang kem ini berlangsung. ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik untuk dikongsi.
Kami telah bertolak ke kem rimba tamu dari kolej rahim kajai pada pukul 2.30 petang pada hari jumaat , 12 disember 2014 . perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam setengah daripada UKM ke Batang Kali. selepas mendaftar dan solat asar berjemaah , kami diberikan sedikit taklimat mengenai tentatif program-program yang akan berlangsung sepanjang kem tersebut.
pada malam tersebut , aktiviti pertama yang dilakukan ialah ice breaking. kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan segala tugasan dibuat. kami juga diberikan barang amanah iaitu merupakan sebiji telur . aktiviti ice breaking begitu meriah berlangsung dengan gelagat sporting daripada semua peserta .
pada hari kedua , selepas solat subuh berjemaah , semua peserta turun ke padang kawad dan selepas itu , bersarapan pagi . bermula jam 8.30 pagi , kami memulakan aktiviti explorace sehingga pukul 2.30 petang . antara aktiviti yang dilakukan ialah meredah paya, memadam kebakaran dan banyak lagi . pada petangnya , kami terlibat dengan aktiviti sukaneka.
pada hari ketiga , selepas bersarapan , kami turun ke padang kawad untuk latihan majlis penutupan . bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang . dalam keadaan cuaca yang panas , kami terpaksa bertahan hampir selama 6 jam. saya berasa begitu bangga kerana dapat menghabiskan majlis penutupan tersebut . untuk pengetahuan semua , terdapat beberapa orang yang pengsan sepanjang majlis penutupan .

alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar . dan saya berasa tidak sabar untuk menyertai latihan medan lagi pada semester depan . ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga bagi semua peserta . banyak yang dapat kami pelajari disamping dapat memantapkan lagi skill yang pelajaran yang telah dipelajari sepanjang semester ini.
Tuesday, 9 December 2014
tips pengurusan masa
Faktor yang paling besar bagi kejayaan ialah diri sendiri.
1. Boleh Menangguhkan Kerja Tetapi Kerja Yang Tidak Penting.
Jika kerja-kerja yang hendak dilakukan itu tidak penting maka tangguhkan atau tinggalkan terus kerja-kerja tersebut.Anda boleh mencari masa terluang yang lain untuk melakukannya.2. Tanya Soalan.
Ada masanya anda tidak tahu apa yang hendak dibuat. Ketika inilah anda perlu bertanya kepada diri sendiri. “Apakah perkara yang paling penting yang patut saya lakukan sekarang?” Apakah perkara atau kerja yang masih belum saya sempurnakan? Apakah masih ada lagi kerja rumah yang belum beres? Adakah saya telah menyiapkan tugasan untuk minggu hadapan?” Soalan-soalan ini akan dapat membantu anda mengenal pasti tugas yang belum selesai dan perkara penting yang perlu dilaksanakan.
3. Hindarkan Dari Melakukan Semua Perkara.
Hasil kerja yang baik datangnya dari usaha yang teliti dan berfokus. Pengurusan masa yang baik memerlukan anda menumpukan kepada tugas penting dan sedikit dalam masa yang telah ditetapkan. Pengurusan masa yang buruk berlaku apabila anda menumpukan terlalu banyak kerja yang kurang penting dalam masa yang tidak menentu.4. Kenal Pasti Tenaga Yang Ada Dalam Diri Anda.
Bilakah masa dan berapa lama kah ia dapat bertahan. Gunakan kekuatan ini untuk membantu anda di dalam melaksanakan tugas-tugas anda. Anda boleh melakukan kerja-kerja mental yang berat semasa tenaga anda berada pada tahap tinggi dan anda boleh melaksanakan kerja-kerja yang tidak melibatkan mental yang berat ketika tahap tenaga anda rendah.5. Bezakan Tugas Yang Perlu Di Segerakan Dengan Tugas Yang Penting.
Prinsip penting dalam melaksanakan tugasan ialah anda perlu dapat membezakan perkara yang penting dengan perkara yang perlu disegerakan. Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan kemudian baru beralih kepada perkara-perkara penting. Perkara-perkara penting tidak boleh dilupakan, ia perlu disiapkan seberapa segera yang boleh.6. Kemaskan Meja Kerja Anda.
Otak anda akan menjadi serabut apabila meja anda berserabut. Terlalu banyak benda di atas meja akan mengganggu konsentrasi anda, anda akan keliru dengan keadaan meja anda. Hanya benda-benda penting saja yang perlu ada di atas meja belajar anda.7. Belajar Bertenang.
Ketenangan akan membawa kedamaian. Kedamaian akan membawa kepada konsentrasi anda di dalam menjalankan tugas-tugas. Individu yang tenang akan dapat berfikir dengan waras dan dapat menyusun idea dengan lebih baik berbanding individu yang sering bersifat agresif dan kelam-kabut.8. Elak Dari Berfikir Seperti Mat Jenin.
Individu yang suka berangan-angan akan mencuri masa lebih lama tanpa memberikan hasil yang berkesan. Angan-angan biasanya tidak disertai dengan rasional. Perkara yang tidak rasional akan membawa seseorang itu ke alam fantasi yang mengasyikkan. Ini buang masa namanya.9. Sediakan Senarai Semak.
Bagi memudahkan anda mengingat tugasan anda yang banyak, sediakan satu senarai semak yang menyenaraikan semua tugasan anda. Setelah tugasan selesai dilaksanakan, pastikan anda tandakan pada senarai. Aktiviti ini memudahkan anda melihat tugasan yang telah anda selesaikan dan tugasan yang masih belum dilaksanakan.Monday, 8 December 2014
tips menghadiri temuduga
Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda.
Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.

Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti.
masalah yang sering kali wujud ketika temuduga ialah gugup dan hilang keyakinan diri. kita perlu sedaya upaya membaiki kelemahan diri itu.
tips amalan pemakanan yang sihat
TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Makanlah makanan yang halal dari
segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan
Amalkan memulai makan dengan
sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan
"AlhamdulilLah".
Jangan makan dan minum sambil
berdiri, berjalan atau baring.
Biasakan rehat makan (puasa
Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
Jangan makan makanan yang
terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari
peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
Kurangkan makan makanan
berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
Kurangkan makan makanan
mengandungi garam dan gula yang tinggi.
Kurangkan minuman manis,
mengandungi kafein dan gas.
Elakkan makan makanan
mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
Amalkan minum jus buah atau
makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.
(Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak
pada awal pagi
Disyorkan makan nasi sehari
sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat
dan vitamin.
Biasakan makan makanan/minuman
berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik
untuk kecerdasan minda..
anthem
Everybody has a past. Everybody lives a present.
And everybody deserves a future.
Westernized.Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur,
bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang
asal-usulnya dan rumahnya dimana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria,
Perancis, Amerika atau India.
Dulu, 'segalanya' yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba
menyeksakan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip,
budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan
tak ada harga. Sekarang, 'segalanya' yang bertanda gelap itu kini mahu dia
ubahkan warnanya.
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak untuk menjadi dirinya
sendiri tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu
perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland,
Subscribe to:
Posts (Atom)