assalamualaikum dan salam sejahtera...
sebagai seorang pelajar freshie tahun satu semester satu semestinya politik kampus di universiti merupakan perkara yang baru bagi diri saya. bagi saya , perkara ini begitu menarik perhatian saya. namun begitu , saya sebagai pemerhati kepada gelagat pelajar- pelajar senior lain boleh dikatakan mereka agak taksub dengan pilihan masing- masing .
mungkin ini hanya satu pengenalan baru kepada diri saya. calon-calon yang bertanding jelas menunjukkan kewibawaan masing-masing. tetapi wujud juga calon-calon yang seakan langsung tidak mempunyai aura kepimpinan walaupun pada pandangan mata kasar seorang freshie.
pada 17 november 2014, penamaan calon telah diadakan di pusanika, ukm. 18 & 19 november 2014 merupakan tempoh berkempen. tempoh ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh calon-calon yang bertanding. masing - masing begitu sibuk menceritakan manifesto masing-masing . macam-macam perkara dijanjikan .
pada 20 november 2014 ialah hari mengundi bagi pilihan raya kampus ukm. hampir kesemua pelajar turun mengundi untuk memilih bakal pemimpin yang dirasakan layak untuk menjawat jawatan tertentu. namun , ada juga sebilangan pelajar yang kononnya bersikap natural , dan memilih untuk tidak turun mengundi. bagi saya, ini merupakan satu isu yang perlu diambil peduli oleh semua pelajar.
malam 20 november , pengiraan undi telah dilakukan di DEWAN GEMILANG , UKM. keputusan memihak kepada GMUKM apabila mereka memenangi 15 kerusi manakala 14 kerusi dimenangi oleH ASPIRASI dan satu kerusi dimenangi oleh BEBAS. hanya kemenangan tipis bagi pihak GMUKM berbanding dengan tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment