Sunday, 9 November 2014

CARA BERHENTI MEROKOK

Rokok sudah difatwakan haram. Jadi bagi yang merokok kenalah berusaha untuk tak merokok. Ada cara berhenti merokok.Tapi paling penting semangat harus kental.Ya berhenti merokok bukan mudah. Berazamlah. Berusahalah. Cuba untuk berhenti.

10 Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan

1. Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.
2. Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'
 Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.
3. Elakkan Punca Merokok
Kenali apa punca merokok.Cuba sebaik mungkin untuk tidak terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama.
4. Bersenam
Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran.
5. Belajar Untuk Relax
Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih tenang. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress.
6. Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa korang mahu berhenti merokok. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.
7. Apa yang anada dapat jika tidak merokok?
pertama sekali , anda dapat menjimatkan wang.sudah berapa banyak wang yang anda telah gunakan untuk membeli rokok?.Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum.
8- Go Online
Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya tak merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan nak merokok.
9- Menguyah
Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling senang. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.
10- Guna Alat Bantuan
Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila.

menjadi seorang perokok bukanlah sesuatu yang hebat ataupun macho.tambah-tambah lagi anda merupakan seorang perempuan.lakukanlah pelbagai usaha bagi menghentikan ketagihan rokok yang anda alami

No comments:

Post a Comment