melihatkan kawan-kawan yang begitu tekun mengulangkaji pelajaran membuktikan betapa mereka bersungguh untuk berjaya dan mencapai impian masing-masing. masing- masing telah menetapkan fokus ataupun impian sendiri untuk menyambung dalam bidang pengkhususan masing-masing. ada yang berminat untuk menerusakan dalm bidang perakaunan , sumber manusia dan sebagainya.
usaha adalah penentu segalanya.tetapi jangan dilupa , kita juga perlu sentiasa menitipkan doa kepada yang maha berkuasa atas segalanya. usaha perlu diseiringkan dengan bekalan doa. bagi saya , keberkatan itu juga amatlah penting.. terutamanya keberkatan daripada pihak ibu baa dan pihak pengajar itu sendiri.
apa yang penting ialah kita hendaklah sentiasa mempunyai semangat yang tinggi , tidak kira dalam apa pun perkara yang kita lakukan. setiap perkara yang kita lakukan perlulah dilakukan dengan sepenuh jiwa. bukanlah atas dasar untuk menyenangkan hati individu tertentu sahaja. apa yang kita lakukan mestilah dengan kerelaan hati sendiri dan bukanlah atas desakan rang lain. sekali kita gagal , tidak bererti kita akan gagal selamanya. apa yang penting terus bangkit selepas terjatuh. begitulah prinsip ynag selalu saya amalkan dalam menempuhi hidup sebagai seorang pelajar.
saya telah melakukan yang terbaik untuk ujian kali ini .seterusnya saya hanya perlu berdoa dan bertawakkal , menyerahkan segalanya kepada yang berkuasa. saya mendoakan kejayaan buat diri sendiri , keluarga serta rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment