Monday 8 December 2014

anthem


Sinopsis novel Anthem - Hlovate


Everybody has a past. Everybody lives a present.
And everybody deserves a future.
Silam :

     Westernized.Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur,
bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang 
asal-usulnya dan rumahnya dimana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria,
Perancis, Amerika atau India.

Selepas Silam :

Dulu, 'segalanya' yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba
menyeksakan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip,
budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan
tak ada harga. Sekarang, 'segalanya' yang bertanda gelap itu kini mahu dia
ubahkan warnanya.

Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak untuk menjadi dirinya 
sendiri tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu
perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland,
dan tanah antara ketiga-tiganya.











No comments:

Post a Comment