Monday 15 December 2014

LATIHAN MEDAN INTEGRASI KOR SISPA UKM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ...

       Pada 12 - 14 Disember 2014 , saya telah mengikuti LATIHAN MEDAN INTEGRASI KOR SISPA UKM yang diadakan di KEM RIMBA TAMU , BATANG KALI , HULU SELANGOR. kem ini berlangsung selama 3 hari. pelbagai pengalaman yang menarik dan mencabar telah saya lalui sepanjang kem ini berlangsung. ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik untuk dikongsi.

       Kami telah bertolak ke kem rimba tamu dari kolej rahim kajai pada pukul 2.30 petang pada hari jumaat , 12 disember 2014 . perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam setengah daripada UKM ke Batang Kali. selepas mendaftar dan solat asar berjemaah , kami diberikan sedikit taklimat mengenai tentatif program-program yang akan berlangsung sepanjang kem tersebut.

      pada malam tersebut , aktiviti pertama yang dilakukan ialah ice breaking. kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan segala tugasan dibuat. kami juga diberikan barang amanah iaitu merupakan sebiji telur . aktiviti ice breaking begitu meriah berlangsung dengan gelagat sporting daripada semua peserta .

      pada hari kedua , selepas solat subuh berjemaah , semua peserta turun ke padang kawad dan selepas itu , bersarapan pagi . bermula jam 8.30 pagi , kami memulakan aktiviti explorace sehingga pukul 2.30 petang . antara aktiviti yang dilakukan ialah meredah paya, memadam kebakaran dan banyak lagi . pada petangnya , kami terlibat dengan aktiviti sukaneka.





    pada hari ketiga , selepas bersarapan , kami turun ke padang kawad untuk latihan majlis penutupan . bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang . dalam keadaan cuaca yang panas , kami terpaksa bertahan hampir selama 6 jam. saya berasa begitu bangga kerana dapat menghabiskan majlis penutupan tersebut . untuk pengetahuan semua , terdapat beberapa orang yang pengsan sepanjang majlis penutupan .

alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar . dan saya berasa tidak sabar untuk menyertai latihan medan lagi pada semester depan . ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga bagi semua peserta . banyak yang dapat kami pelajari disamping dapat memantapkan lagi skill yang pelajaran yang telah dipelajari sepanjang semester ini.

No comments:

Post a Comment