Monday 8 December 2014

tips amalan pemakanan yang sihat



TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT 

  Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan
  Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
  Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
  Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
  Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

No comments:

Post a Comment