Monday 8 December 2014

cara belajar yang betul bagi pelajar universiti


        Sebenarnya, untuk mencapai cgpa 4.00 di universiti adalah suatu yang seolah-olahnya  mustahil bagi diri saya  kerana keputusan peperiksaan untuk setiap subjek yang diambil pada setiap semester mesti dapat A.
Hal ini bermaksud, sejak dari mula anda menjejaki alam universiti sehingga habis belajar di semester akhir, anda wajib ada:
  1. Semangat belajar anda tetap tinggi
  2. Momentum belajar anda mesti tinggi
  3. Matlamat anda mesti A setiap subjek
  4. Tenaga anda untuk belajar teramat tinggi, walaupun sakit, anda tetap belajar
  5. Sikap anda mesti terbaik dan positif
  6. Mesti ada minat yang tinggi untuk belajar
Memandangkan selama  bertahun anda berada diuniversiti, dan mengambil banyak subjek, mungkin ada 40 subjek untuk menyempurnakan ijazah anda, adakah anda pasti anda mendapat A kesemua subjek itu? Boleh ke? Saya rasa amat mustahil.
Hal ini, sudah tentu ada subject yang anda rasa susah, ada yang kurang minat, atau ada yang anda minat tapi pensyarah pulak anda tak minat, dan macam-macam kerenah dan dugaan akan anda hadapi sepanjang anda berada di universiti.
Walau bagaimanapun, untuk memperolehi gpa 4.00 untuk satu atau dua semester adalah bukan mustahil bagi semua orang. Bagaimana nak mencapai gpa 4.00? Saya anda beberapa tips yang boleh diterima pakai oleh para pembaca, iaitu
  1. Dapatkan gpa 4.00 pada semester pertama dan kedua. Hal ini kerana semester tersebut merupakan subjek yang paling senang. Takkan tak boleh score :) kan.
  2. List kan subjek yang boleh score A, biasanya subjek yang pernah anda belajar seperti Mathematics.
  3. List kan subjek yang anda minat, dan tumpu betul-betul untuk score A.
  4. List kan subjek yang susah atau anda tidak minat, cari cara untuk minat subjek tersebut.
  5. Rapat dengan pensyarah. Anda perlu berkenalan dengan pensyarah dengan lebih dekat. Lagi rapat anda dengan pensyarah, lagi banyak mereka akan TOLONG anda.
  6. Cari rakan yang lemah, dan ajar mereka.
  7. Push study sampai anda betul-betul faham. Tak faham, pergi jumpa pensyarah terus. Kalau ada rakan yang boleh ajar, pun ok.
Dari semester pertama lagi anda perlu mendapat GPA yang tinggi supaya nanti CGPA anda juga turut tinggi. Jangan memandang remeh pada semester pertama dan kedua. Alang-alang baru masuk universiti, biar dapat GPA 4.00.
Semoga anda terus berjaya mendapat GPA 4.00
cgpa



No comments:

Post a Comment